parking crew



1st day : sesudah sampai 'traffic jam' dari highway SKVE ke pintu masuk MAEPS,penganjur utama MAHA 2010.tugas aku seperti yang tertera iaitu penjual tiket parking pada sebelah petang.hari itu cukup indah walaupun 'traffic jam' berlaku tetapi dapat di kawal dengan teratur.

2nd day : tugas dilakukan seperti biasa.tetapi hari ini lagi mencabar, selepas di beri taklimat, kami di beritahu akan bekerja selama 5 hari sebelah petang dan baki nya 5 hari di sebelah malam.hal itu tidak menjadi masalah.tepat jam 6 petang, sedikit permasalahan berlaku di 'parking site' kami.emosi krew kami di cabar dengan kerenah manusia

3rd day : permasalahan di hari kedua berlanjutan di hari ketiga.'traffic jam' yang begitu sesak menyebabkan kami menjadi mangsa keadaan ketika itu.masih terngiang di teling walaupun MAHA telah melabuhkan tirainya 4minggu yang lepas.

kelibat seorang perempuan berkata,

" (nada marah) aku kalau tak keluar dari parking ni,aku nak korang bayar tiket teater aku RM 150."

selapas mendapat arahan dari khemah utama,kami di kehendaki kembali ke khemah urusetia sebelum hal sebegini melarat.rata-rata, krew tempat aku dicabar dengan dugaan begitu teruk.

*agak-agak kalau korang di tempat aku macam mana nak kawal keadaan beribu orang yang tengah marah tersangkut dalam kesesakan lebih kurang 3 jam?

4th day : hari ini hari yang agak tenang.lalu lintas di selia dengan baik selepas menghadapi 2 hari seperti 'neraka', tetapi hari ini cukup bersejarah kerana hujan lebat melanda di kawasan serdang.angin yang mulanya sepoi-sepoi bahasa bertukar wajah menjadi kuat.kami yang berlindung di bawah khemah kecil itu dipaksa untuk berpaut bagi mengelakkan khemah itu terbang.

5th day : hari terakhir kami ditugaskan untuk menjalankan tugas di sebelah malam.meeting berakhir tepat jam 11 malam dan aku di canangkan menggantikan tempat rakan setempat di sebelah pagi.

arahan di keluarkan,

"Mohammad Firdaus, awak dikehendaki berada tepat jam 6.30 pagi"

bersambung...


parking crew (pintu 2)