parking crew part 2


6th day : dalam sejarah untuk makluman semua, aku bangkit tidur pukul 5.30 untuk pertama-tama kali nya waktu cuti.komited terhadap kerja crew nih mengajar aku bangkit awal sebab perjalanan dari rumah aku ke tapak maha mengambil masa dalam 30 minit.tepat 6.30, aku sudah terpacak kat khemah utama dan yang memuaskan hati aku hanyalah tiba tepat pada waktu sepatutnya tetapi rakan crew dan pegawai bertugas tiada.kerja pagi dan kerja petang tiada banyak bezanya.

7th day : hari ini aku lambat sikit,nak mengelakkan terkena seperti semalam.aku di tugaskan untuk menjaga parking A.'Parking site' tu hanya memerlukan seorang je untuk mengawalnya.untuk makluman semua, parking sebenarnya hanya dia sedia kan untuk peniaga-peniaga.jadi para pembaca harap maklum, kepada pengunjung sememangnya di kenakan cas seperti biasa rm 3 untuk parking kereta di tempat tersebut.

8th day : hari ini hari jumaat dan hari di tunggu-tunggu sebab boleh rehat 2 jam pi solat.tugas yang aku lakukan seperti biasa ar, tapi yang tak syok nya ada seorang brader DJ nih.mungkin salah ar aku kenakan cas kat dia, tapi brader kena la tolak ansur sikit.saya nih hanya menjalankan tugas dan saya tak pernah tengok brader parking kat tempat saya dan brader pun tak disediakan pas pekerja.itu semua bukan salah saya, tu semua kerja majikan brader.kalau korang nak taw, aku di layan cam 'hampeh' je dengan brader tuh (sabar jela)

9th day : 'killer day comes again', itu lah rakan crew aku cakap.biasa la mengikut pengalaman kan kena hambur dengan selautan manusia minggu lepasnya.arini crew pagi kita orang dikuatkan dengan crew petang.perjalanan tugas berlangsung seperti biasa tetapi tempat aku cma 'pisang panas', parking penuh !

10th day : hari terakhir ! hari di tunggu-tunggu juga sebab hari terakhir kerja.sememangnya sedih sebab selepas nih memang tak jumpa lah.apepun 'teamwork' dengan korg semua best !

kenangan bersama repah (kegelapan hasil 10 hari kerja bawah sinaran matahari)

*credit to : makcik yg sporting belanja makan, geng2 parking MAHA 2010, budak2 UPM, bos2