takraw


Sekarang nih sedang berlangsung perlawanan sepak takraw antara Malaysia menentang Korea Selatan.kalau korang nak taw, sepak takraw ni memerlukan 6 orang pemain ianya terdiri seorang killer (apit kanan), feeder (apit kiri) dan seorang tekong.Ha..korang mesti pelik mana baki lagi tiga orang, sebenarnya lagi tiga orang tuh opponent (pemain lawan) dia ar.kalau 'takdak' opponent camna la nak ampa semua nak main.ok nih dah serba sedikit arr cerita tentang takraw.

nih gaya masa aku mula berjinak dengan takraw


Bila tengok gambar nih,teringat zaman kecik-kecik dulu.aku pun pemain takraw juga dulu tapi aku main untuk pertandingan rukun tetangga suatu ketika dahulu.bakat aku makin digilap semasa di matrikulasi tetapi tak habis sebab desakan masa menyebabkan aku tak turun untuk turun latihan.akhirnya nama aku digugurkan untuk mewakili kolej ke pertandingan tahunan yang diadakan.

lepas zaman matrikulasi berakhir bakat aku terkubur camtu sahaja.mungkin zaman universiti nih aku kena mencari peluang untuk bermain semula.

*sori geng lama tak update agak sibuk sikit, bak kata senior aku ' ko nye blog dah berhabuk'

syawal

raya tahun nih di sambut secara sederhana tapi alhamdulillah sempurna tugasan aku tahun nih sebagai seorang muslim.mungkin kalau bagi budak-budak kecil merasai pengalaman aku ketika ini,mungkin dorg akan berasa busan nya lah raya tahun ini.aku sedar biasa lah bila sudah besar mmg takda pun perasaan nak beraya tapi yang terkejut nya rezki aku murah sebab collection raya banyak haha..

ini sahaja yang ada

bila dah buka kuliah nih,singgah jap buka facebook.hm..sedih nya perasaan hati ni,bukan apa tengok kat wall membe upload photo raya.alangkah bahagia nya org yang betul-betul menyambut hari raya nih.family aku ada gak bergambar time raya 1st aritu tapi sekadar biasa-biasa jela,reason nya family aku tak sambut raya dengan meriah sebab dua-dua adik perempuan aku bakal menghadapi peperiksaan.untuk tak merosakkan program pembelajaran adik-adik aku,kami secara rasmi mengumumkan tiada rumah terbuka 2010.

bila duk dalam bilik sorg-sorg,tiba-tiba aku tersenyum

"seronok nya raya aku time budak-budak dulu,sampai gemuk aku diwat nya"

korg jangan terkejut arr klu korg lepak ngan aku ada membe tegur ckp aku dah kurus.dulu time kecik-kecik dulu tumbesaran aku amat sempurna sebab aku gemuk tapi kurangnya aku pendek..huhu ikot kata mak aku arr :

"mama ingat lagi dulu,mama risau sgt anak bujang mama sorg nih pendek bukan pe buruk, gemuk lak tuh.tapi alhamdulillah hensem dah sekarang"

time kecik dulu, lepas balik dari kampung je siap-siap pi umah membe sume planning beraya rumah org.

"first sekali kita pi umah uncle kaya tuh,umah dia besar"

kata membe aku merangkap si presiden beraya,elok arr sampai je terus bagi salam.lama gak tunggu,pelik gak arr kenapa tuan rumah tak buka-buka rumah nak kata tak ada org kereta besar dia ada.bak kata si presiden :

"lek bro,kita tunggu lagi. bila lagi nak beraya rumah wajib nih"

dekat 20 minit gak arr,baru si tuan rumah buka.dalam hati sabar jela bukan dorg tak dengar salam kita org.kalau korg nak taw tuan rumah tuh tengok tv jer.makan-makan dan minum-minum semua aku ckp kat si presiden jom gerak.laga-laga lutut suh ckp kat taun rumah nak tak ckp gak, at last aku gak ckp. masing-masing muka suci je senyum,pas salam semua tuan rumah bagi duit raya.

"mak ai kedekut nya tuan rumah, lima posen je dia bagi".

nih la cerita yang wat aku tergelak sorg dlm bilik dalam usia menjengah 20 tahun.nasihat ar kat adik korg tuh beraya jgn jadi cm si firdaus nih.


*kepada sahabat yg menjemput ke rumah terbuka dan beraya,mintak maaf.harap anda faham situasi si editor