parking crew



1st day : sesudah sampai 'traffic jam' dari highway SKVE ke pintu masuk MAEPS,penganjur utama MAHA 2010.tugas aku seperti yang tertera iaitu penjual tiket parking pada sebelah petang.hari itu cukup indah walaupun 'traffic jam' berlaku tetapi dapat di kawal dengan teratur.

2nd day : tugas dilakukan seperti biasa.tetapi hari ini lagi mencabar, selepas di beri taklimat, kami di beritahu akan bekerja selama 5 hari sebelah petang dan baki nya 5 hari di sebelah malam.hal itu tidak menjadi masalah.tepat jam 6 petang, sedikit permasalahan berlaku di 'parking site' kami.emosi krew kami di cabar dengan kerenah manusia

3rd day : permasalahan di hari kedua berlanjutan di hari ketiga.'traffic jam' yang begitu sesak menyebabkan kami menjadi mangsa keadaan ketika itu.masih terngiang di teling walaupun MAHA telah melabuhkan tirainya 4minggu yang lepas.

kelibat seorang perempuan berkata,

" (nada marah) aku kalau tak keluar dari parking ni,aku nak korang bayar tiket teater aku RM 150."

selapas mendapat arahan dari khemah utama,kami di kehendaki kembali ke khemah urusetia sebelum hal sebegini melarat.rata-rata, krew tempat aku dicabar dengan dugaan begitu teruk.

*agak-agak kalau korang di tempat aku macam mana nak kawal keadaan beribu orang yang tengah marah tersangkut dalam kesesakan lebih kurang 3 jam?

4th day : hari ini hari yang agak tenang.lalu lintas di selia dengan baik selepas menghadapi 2 hari seperti 'neraka', tetapi hari ini cukup bersejarah kerana hujan lebat melanda di kawasan serdang.angin yang mulanya sepoi-sepoi bahasa bertukar wajah menjadi kuat.kami yang berlindung di bawah khemah kecil itu dipaksa untuk berpaut bagi mengelakkan khemah itu terbang.

5th day : hari terakhir kami ditugaskan untuk menjalankan tugas di sebelah malam.meeting berakhir tepat jam 11 malam dan aku di canangkan menggantikan tempat rakan setempat di sebelah pagi.

arahan di keluarkan,

"Mohammad Firdaus, awak dikehendaki berada tepat jam 6.30 pagi"

bersambung...


parking crew (pintu 2)

takraw


Sekarang nih sedang berlangsung perlawanan sepak takraw antara Malaysia menentang Korea Selatan.kalau korang nak taw, sepak takraw ni memerlukan 6 orang pemain ianya terdiri seorang killer (apit kanan), feeder (apit kiri) dan seorang tekong.Ha..korang mesti pelik mana baki lagi tiga orang, sebenarnya lagi tiga orang tuh opponent (pemain lawan) dia ar.kalau 'takdak' opponent camna la nak ampa semua nak main.ok nih dah serba sedikit arr cerita tentang takraw.

nih gaya masa aku mula berjinak dengan takraw


Bila tengok gambar nih,teringat zaman kecik-kecik dulu.aku pun pemain takraw juga dulu tapi aku main untuk pertandingan rukun tetangga suatu ketika dahulu.bakat aku makin digilap semasa di matrikulasi tetapi tak habis sebab desakan masa menyebabkan aku tak turun untuk turun latihan.akhirnya nama aku digugurkan untuk mewakili kolej ke pertandingan tahunan yang diadakan.

lepas zaman matrikulasi berakhir bakat aku terkubur camtu sahaja.mungkin zaman universiti nih aku kena mencari peluang untuk bermain semula.

*sori geng lama tak update agak sibuk sikit, bak kata senior aku ' ko nye blog dah berhabuk'