ketupat



ketupat moden

ok yg nih org panggil ketupat gak tapi ketupat nih special sket.tuh cbe korg bce rice cube,selalu org panggil nasi impit.nih kes dia siap dlm paket
cara masak dia lebih kurg cm nak msk ketupat gak


ketupat palas

ketupat nih feveret aku.klu ampa semua pi utara ha jgn lupa pi pekena ketupat nih
berlemak dia kalah lemak membe aku si 'mizan' tuh
nama dia si ketupat palas sebab nama palas tuh berasal dari daun ketupat tu sendiri, daun palas


ketupat

ha..yg nih klu ang tak pernah nampak or dgr mmg aku bagi penampor.
nih ketupat selalu gak arr kita nampak org jual kat tepi jalan
benda nih mmg komersial dan cukup laku tak kira la harga murah ke mahal ke tetap org beli
bukan pe sbb ketupat nih dah jadi jamuan wajib pagi raya



ini lak ketupat tali pinggang aku,actually aku baru belajar anyam ketupat mlm tadi
thx tuh makcik youtube ajar aku sampai pandai (ulangtayang byk kali).
ada improvement arr,btw next raya mkn ketupat tgn aku lak!


how to weave ketupat :






*selamat mencuba!

dugaan

Renungan,

mengikut perkiraan kini bulan ramadhan hampir di penghujung waktu nya,dan kita sesama manusia di peringatkan supaya melipatgandakan amalan kita pada 10 malam terakhir.menurut sahabat yang mengikuti ceramah pada mlm tadi,malam lailatulqadr ini didatangkan khas utk umat Nabi Muhammad SAW kerana umur kita di akhir zaman kian pendek dan utk meng'stabilize'kan pahala yg ada pada kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW dgn umat nabi yg lain.jadi kita sama-sama la muhasabah diri kita sejauh mana perjalanan kita diatas muka bumi ni.

*********************

dalam kesibukan manusia hari ini terkejar-kejar membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri, kondisi kesihatan aku terjejas teruk mungkin tak mampu adaptasi pada cuaca yg tidak menentu sekarang.teringat kembali pada malam 'Malaysia Tanah Air ku' mencapai kemerdekaan ke-53,aku di serang angin sejuk dan batuk aku menjadi lebih teruk berlarutan pada minggu sebelumnya.

utk makluman pada pagi hari tersebut,aku dah pi refer kat PK (Pusat Kesihatan).bila aku melangkah ke pusat tersebut,pembaharuan telah berlaku maklum sudah lama tak menjejak kaki ke sana.nombor giliran perlu diambil tidak seperti sebelum ini pesakit hanya perlu mendaftar di kaunter.hampir setengah jam menunggu di tepi kolam buatan di kawasan pusat tersebut nombor aku di panggil hanya utk di daftarkan sahaja, 'respect' pada prosedur.kemudian selang beberapa minit aku di benarkan berjumpa doktor utk pemeriksaan dan tak semenanya di marahi kerana lambat berjumpa doktor. (saya tak suka org marah saya waktu sakit) harapan dalam mencari sijil perubatan utk tidak hadir ke kelas pada hari tersebut tidak berjaya!

Bagi aku mungkin penyakit ini satu anugerah, ini menunjukkan bahawa Allah sentiasa melihat kita.aku berharap semoga aku sabar utk kembali pulih dan mempunyai kudrat utk bertahan bagi mengerjakan ibadah puasa.terima kasih kepada rakan-rakan atas dorongan,nasihat,marah dan lain-lain,saya hargai anda semua.




SALAM PERANTAU

Kami pelajar tahun 2, Kejuruteraan Mekanikal dengan ini mengucapkan selamat hari raya kepada kaum muslimin dan muslimat sekalian kepada tokma,tokpa berada di kampung,mak abah berada di rumah kepada penaja biasiswa kami HFC (hakim),Imam U12 serta guru-guru.doakan kejayaan kami di perantauan.


gambar dari kanan : wak tasqil,hamizan,abos,eddy,firdaus,mamat korea MARA Technology of University.SA



*Selamat Hari Raya Aidilfitri dari editor