parking crew



1st day : sesudah sampai 'traffic jam' dari highway SKVE ke pintu masuk MAEPS,penganjur utama MAHA 2010.tugas aku seperti yang tertera iaitu penjual tiket parking pada sebelah petang.hari itu cukup indah walaupun 'traffic jam' berlaku tetapi dapat di kawal dengan teratur.

2nd day : tugas dilakukan seperti biasa.tetapi hari ini lagi mencabar, selepas di beri taklimat, kami di beritahu akan bekerja selama 5 hari sebelah petang dan baki nya 5 hari di sebelah malam.hal itu tidak menjadi masalah.tepat jam 6 petang, sedikit permasalahan berlaku di 'parking site' kami.emosi krew kami di cabar dengan kerenah manusia

3rd day : permasalahan di hari kedua berlanjutan di hari ketiga.'traffic jam' yang begitu sesak menyebabkan kami menjadi mangsa keadaan ketika itu.masih terngiang di teling walaupun MAHA telah melabuhkan tirainya 4minggu yang lepas.

kelibat seorang perempuan berkata,

" (nada marah) aku kalau tak keluar dari parking ni,aku nak korang bayar tiket teater aku RM 150."

selapas mendapat arahan dari khemah utama,kami di kehendaki kembali ke khemah urusetia sebelum hal sebegini melarat.rata-rata, krew tempat aku dicabar dengan dugaan begitu teruk.

*agak-agak kalau korang di tempat aku macam mana nak kawal keadaan beribu orang yang tengah marah tersangkut dalam kesesakan lebih kurang 3 jam?

4th day : hari ini hari yang agak tenang.lalu lintas di selia dengan baik selepas menghadapi 2 hari seperti 'neraka', tetapi hari ini cukup bersejarah kerana hujan lebat melanda di kawasan serdang.angin yang mulanya sepoi-sepoi bahasa bertukar wajah menjadi kuat.kami yang berlindung di bawah khemah kecil itu dipaksa untuk berpaut bagi mengelakkan khemah itu terbang.

5th day : hari terakhir kami ditugaskan untuk menjalankan tugas di sebelah malam.meeting berakhir tepat jam 11 malam dan aku di canangkan menggantikan tempat rakan setempat di sebelah pagi.

arahan di keluarkan,

"Mohammad Firdaus, awak dikehendaki berada tepat jam 6.30 pagi"

bersambung...


parking crew (pintu 2)

takraw


Sekarang nih sedang berlangsung perlawanan sepak takraw antara Malaysia menentang Korea Selatan.kalau korang nak taw, sepak takraw ni memerlukan 6 orang pemain ianya terdiri seorang killer (apit kanan), feeder (apit kiri) dan seorang tekong.Ha..korang mesti pelik mana baki lagi tiga orang, sebenarnya lagi tiga orang tuh opponent (pemain lawan) dia ar.kalau 'takdak' opponent camna la nak ampa semua nak main.ok nih dah serba sedikit arr cerita tentang takraw.

nih gaya masa aku mula berjinak dengan takraw


Bila tengok gambar nih,teringat zaman kecik-kecik dulu.aku pun pemain takraw juga dulu tapi aku main untuk pertandingan rukun tetangga suatu ketika dahulu.bakat aku makin digilap semasa di matrikulasi tetapi tak habis sebab desakan masa menyebabkan aku tak turun untuk turun latihan.akhirnya nama aku digugurkan untuk mewakili kolej ke pertandingan tahunan yang diadakan.

lepas zaman matrikulasi berakhir bakat aku terkubur camtu sahaja.mungkin zaman universiti nih aku kena mencari peluang untuk bermain semula.

*sori geng lama tak update agak sibuk sikit, bak kata senior aku ' ko nye blog dah berhabuk'

syawal

raya tahun nih di sambut secara sederhana tapi alhamdulillah sempurna tugasan aku tahun nih sebagai seorang muslim.mungkin kalau bagi budak-budak kecil merasai pengalaman aku ketika ini,mungkin dorg akan berasa busan nya lah raya tahun ini.aku sedar biasa lah bila sudah besar mmg takda pun perasaan nak beraya tapi yang terkejut nya rezki aku murah sebab collection raya banyak haha..

ini sahaja yang ada

bila dah buka kuliah nih,singgah jap buka facebook.hm..sedih nya perasaan hati ni,bukan apa tengok kat wall membe upload photo raya.alangkah bahagia nya org yang betul-betul menyambut hari raya nih.family aku ada gak bergambar time raya 1st aritu tapi sekadar biasa-biasa jela,reason nya family aku tak sambut raya dengan meriah sebab dua-dua adik perempuan aku bakal menghadapi peperiksaan.untuk tak merosakkan program pembelajaran adik-adik aku,kami secara rasmi mengumumkan tiada rumah terbuka 2010.

bila duk dalam bilik sorg-sorg,tiba-tiba aku tersenyum

"seronok nya raya aku time budak-budak dulu,sampai gemuk aku diwat nya"

korg jangan terkejut arr klu korg lepak ngan aku ada membe tegur ckp aku dah kurus.dulu time kecik-kecik dulu tumbesaran aku amat sempurna sebab aku gemuk tapi kurangnya aku pendek..huhu ikot kata mak aku arr :

"mama ingat lagi dulu,mama risau sgt anak bujang mama sorg nih pendek bukan pe buruk, gemuk lak tuh.tapi alhamdulillah hensem dah sekarang"

time kecik dulu, lepas balik dari kampung je siap-siap pi umah membe sume planning beraya rumah org.

"first sekali kita pi umah uncle kaya tuh,umah dia besar"

kata membe aku merangkap si presiden beraya,elok arr sampai je terus bagi salam.lama gak tunggu,pelik gak arr kenapa tuan rumah tak buka-buka rumah nak kata tak ada org kereta besar dia ada.bak kata si presiden :

"lek bro,kita tunggu lagi. bila lagi nak beraya rumah wajib nih"

dekat 20 minit gak arr,baru si tuan rumah buka.dalam hati sabar jela bukan dorg tak dengar salam kita org.kalau korg nak taw tuan rumah tuh tengok tv jer.makan-makan dan minum-minum semua aku ckp kat si presiden jom gerak.laga-laga lutut suh ckp kat taun rumah nak tak ckp gak, at last aku gak ckp. masing-masing muka suci je senyum,pas salam semua tuan rumah bagi duit raya.

"mak ai kedekut nya tuan rumah, lima posen je dia bagi".

nih la cerita yang wat aku tergelak sorg dlm bilik dalam usia menjengah 20 tahun.nasihat ar kat adik korg tuh beraya jgn jadi cm si firdaus nih.


*kepada sahabat yg menjemput ke rumah terbuka dan beraya,mintak maaf.harap anda faham situasi si editor

ketupat



ketupat moden

ok yg nih org panggil ketupat gak tapi ketupat nih special sket.tuh cbe korg bce rice cube,selalu org panggil nasi impit.nih kes dia siap dlm paket
cara masak dia lebih kurg cm nak msk ketupat gak


ketupat palas

ketupat nih feveret aku.klu ampa semua pi utara ha jgn lupa pi pekena ketupat nih
berlemak dia kalah lemak membe aku si 'mizan' tuh
nama dia si ketupat palas sebab nama palas tuh berasal dari daun ketupat tu sendiri, daun palas


ketupat

ha..yg nih klu ang tak pernah nampak or dgr mmg aku bagi penampor.
nih ketupat selalu gak arr kita nampak org jual kat tepi jalan
benda nih mmg komersial dan cukup laku tak kira la harga murah ke mahal ke tetap org beli
bukan pe sbb ketupat nih dah jadi jamuan wajib pagi raya



ini lak ketupat tali pinggang aku,actually aku baru belajar anyam ketupat mlm tadi
thx tuh makcik youtube ajar aku sampai pandai (ulangtayang byk kali).
ada improvement arr,btw next raya mkn ketupat tgn aku lak!


how to weave ketupat :






*selamat mencuba!

dugaan

Renungan,

mengikut perkiraan kini bulan ramadhan hampir di penghujung waktu nya,dan kita sesama manusia di peringatkan supaya melipatgandakan amalan kita pada 10 malam terakhir.menurut sahabat yang mengikuti ceramah pada mlm tadi,malam lailatulqadr ini didatangkan khas utk umat Nabi Muhammad SAW kerana umur kita di akhir zaman kian pendek dan utk meng'stabilize'kan pahala yg ada pada kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW dgn umat nabi yg lain.jadi kita sama-sama la muhasabah diri kita sejauh mana perjalanan kita diatas muka bumi ni.

*********************

dalam kesibukan manusia hari ini terkejar-kejar membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri, kondisi kesihatan aku terjejas teruk mungkin tak mampu adaptasi pada cuaca yg tidak menentu sekarang.teringat kembali pada malam 'Malaysia Tanah Air ku' mencapai kemerdekaan ke-53,aku di serang angin sejuk dan batuk aku menjadi lebih teruk berlarutan pada minggu sebelumnya.

utk makluman pada pagi hari tersebut,aku dah pi refer kat PK (Pusat Kesihatan).bila aku melangkah ke pusat tersebut,pembaharuan telah berlaku maklum sudah lama tak menjejak kaki ke sana.nombor giliran perlu diambil tidak seperti sebelum ini pesakit hanya perlu mendaftar di kaunter.hampir setengah jam menunggu di tepi kolam buatan di kawasan pusat tersebut nombor aku di panggil hanya utk di daftarkan sahaja, 'respect' pada prosedur.kemudian selang beberapa minit aku di benarkan berjumpa doktor utk pemeriksaan dan tak semenanya di marahi kerana lambat berjumpa doktor. (saya tak suka org marah saya waktu sakit) harapan dalam mencari sijil perubatan utk tidak hadir ke kelas pada hari tersebut tidak berjaya!

Bagi aku mungkin penyakit ini satu anugerah, ini menunjukkan bahawa Allah sentiasa melihat kita.aku berharap semoga aku sabar utk kembali pulih dan mempunyai kudrat utk bertahan bagi mengerjakan ibadah puasa.terima kasih kepada rakan-rakan atas dorongan,nasihat,marah dan lain-lain,saya hargai anda semua.




SALAM PERANTAU

Kami pelajar tahun 2, Kejuruteraan Mekanikal dengan ini mengucapkan selamat hari raya kepada kaum muslimin dan muslimat sekalian kepada tokma,tokpa berada di kampung,mak abah berada di rumah kepada penaja biasiswa kami HFC (hakim),Imam U12 serta guru-guru.doakan kejayaan kami di perantauan.


gambar dari kanan : wak tasqil,hamizan,abos,eddy,firdaus,mamat korea MARA Technology of University.SA



*Selamat Hari Raya Aidilfitri dari editor










lopak air


dunia rempitku bermula di zaman sekolah..aku teringat waktu ketika itu sebelum aku di beri kan lesen sebagai seorang penunggang motorsikal,muka yg macho nih pergi -balik sekolah hanya menggunakan pengangkutan awam yg disediakan 'mak pak' aku.

bila keinginan membuak utk mendapatkan sebuah motorsikal..

"pak..adik nak motorsikal ley dok? bkn pa adik pi sekolah susah la yela skg dh start kelas tambahan tak dak bas lagi nak pi amik adik (dengan muka harapan) "

"pak bukan pa..pak risau adik pi sekolah naik motor nuh.kang elok-elok tiap hari pi sekolah dah pandai nak melencong.adik paham-paham jela adik dah besar kan."


***********************

"wah..dah sebulan juga aku bergelar mat rempit nih"

"blah arr ko der..setakat nama jer rempit,tapi tak race pe brg? penakut ka ha..tak gentleman arr bro"

"ooo..nonono..mak pak aku kata nak hidup selamat dunia akhirat tak baik lumba-lumba nih bahaya utk kesihatan.ko pun taw kan aku nih 'title' jer rempit tapi aku bukan golongan cm korg semua pa dia org panggil skg?"

"samseng jalanan arr der,baru macho"

"hm..macho toya ang,cukup ari bulan tak berbini aku.dahla..aku nak gerak nih hujan nak turun nih tak sampai umah aku kang"

"oi..buku kedatangan kelas tuh pi anta,aku nak gerak dulu chow.."

**************************

selang beberapa minit buku kedatangan di hantar ke pejabat,hujan turun dgn lebat nya.betul org len ckp 'penungguan nih satu penyiksaan'.mengikut percaturan,aku rasa dekat 50 kali aku membelek jam tgn aku dgn harapan hujan berhenti.selepas 2jam,aku dgn nekad pi berteduh dekat dgn koperasi,tiba-tiba satu idea yg tak aku jangka boleh terlintas dalam fikiran nih.hmm..beruntung aku duk dekat dgn koperasi nih..

"akak koperasi, payung tuh jual ke atau apa?"

"adik,kalau tak jual bukan nama nya koperasi la byk kan payung nih.takkanlah semua tuh akak punya syg oi."

"yeke..syg punya pasai saya nak beli satu ye syg (gatal nye huhu..)"

"woi budak..mne ko dpt payung aku tuh?"

mengikut penilaian hujan rasa akan berhenti dalam 2-3 minit lagi.aku pun apa lagi bersiap-siap nak balik bukan pa takut mak pak aku risau aku tak balik.dengan tekad utk sampai kerumah dgn selamat tgn kiri ku sisip kan payung supaya buku-buku dlm beg tak da la bsh.

ketika dalam perjalanan pulang,angin tiup sepoi-sepoi bahasa membuatkan payung aku mahu terbang tapi ku kuatkan gengaman jari supaya tidaklah rugi payung yang baru di beli sebentar tadi (terkenang akak yg panggil aku sayang tuh).dalam tidak ku sangka,rupanya perancangan aku utk balik ke rumah tidak terfikir terlalu panjang.aku lupa tentang lopak-lopak air di sepanjang jalan raya tuh.selang beberapa minit satu lori dari arah bertentangan melanggar lopak tersebut dan aku lah mangsa nya..

"waaa...kenapa tak tggu sekejap wahai si lori,umah aku depan tuh jer (dengan muka sedih)".

*wah tension nya pagi tadi hujan kat sepang, terjejas penunggangan aku ke shah alam.


teropong cinta

terpanggil nak bercerita kisah cinta,ini bukan sebab kerana aku jatuh cinta lagi tetapi realiti dunia sekarang macam-macam cerita kita dengar.'contoh'nya arr dulu mungkin org sekeliling boleh ckp yg aku nih seorang mamat jiwang bila kol si awek atau si awek kol aku jer..

'hai syg,love you.'

'syg watpe? org rindulah,jgn nakal-nakal taw..'

'syg dah mkn? mkn ape arini?'

'dah mandi lom? bucuk arr u ni..'

mesti geli kan bila bce (ayt-ayt) nih,korg sume jgn nak tipu arr klu korg tak pernah dgr membe korg wat cmtuh.sejujurnya lah aku ckp aku pun mmg pernah arr ckp (dlm henfon ngn si awek) benda-benda nih tgh-tgh kat org ramai (malu) tapi tabiat nih aku dah tinggal lama arr (semenjak single).tapi mmg betul arr perumpamaan melayu tuh, kira melekat gak arr kepada 'couple holders' nih, 'cinta itu buta'.korg terpikir tak perumpamaan tuh nape org melayu suka wat perumpamaan cmtuh?

bila kita kupas balik perumpamaan cmtuh ada maksud sebalik nya.contohnya cm tadi tuh aku ckp kat atas,ayat power mak ai ckp ngn si awek itu ini bab kne kat kawan

'ko nih cm $%^#@ '.

hah..tak ke mengamuk membe tuh.ngn si awek jambu bak mai,bab kawan semua carca merba keluar..

nih kes lain plak,klu korg lepak shopping complex arr tapi jgn la pi tgk dekat (pkns shh alam) tuh.bukan sebab apa,kat pkns tuh aku usha selalu ramai famili arr yg pi sne couple nih jrg arr ada kat situ.kita pi berjalan kat one utama tuh..hm bab ngusha nih laju la aku huhu..bukan pa alang jalan kat sne 'wash eye' skali arr..huhu hm kat situ tak yah nak ckp arr.cuba korg pk arr time tuh ko nak cepat (kes nih selalu berlaku kat 'elevator' tuh) selalu nya org klu nak cepat dia akan lalu sebelah kanan dan org akan naik sebelah kiri sebab bagi laluan kat sebelah kanan.di buatnya cerita ada couple nih duk peluk la,pegang tgn la..cmne nak lalu tuh?

dlm tgh duk kat rumah sewa ramai-ramai berborak,tiba-tiba aku perasan seorang ahli rumah tuh hilang. igt dia online kat atas sbb yela org bercinta cari port baik arr nak ng'ayat' si awek,dlm beberapa minit baru aku sedar motor dia tak da.hm..membe rumah len ckp arr

'pi dating la tuh,nuh restoran nasi lemak cinta tersayang'

grandkan nama tempat dating tuh,korg klu nak bercinta pergi arr tempat-tempat cmtuh.haha..klu korg nak taw restoran tuh mmg arr grand tgk nama dia mknan dia pun boleh tahan arr harga dia.takpe kita tgu lagi dua jam,kawan kita balik.kita dgr cerita dia..

lepas 2 jam...

'oi der, sedap 'nasi lemak' tuh? '

si kawan, 'bek sket ayat der nih nasi lemak btoi nya'

'yela aku taw arr der, harga apa mcm? '

'mak ai,kopak aku klu mkn tiap-tiap hari kat situ'

'hm..bagus na ayt ko,dah tw mhl pi sna lagi watpa? '

tgk realiti kan..nak belanja awek pun berkira.klu tak mampu nak belanja semua kongsi arr sket beban tuh.sebab tuh ada perumpamaan, 'berat sama pikul,ringan sama jinjing'.nih nak pi belanja semua cukup hari bulan nasi bujang la jawabnya..pastu si awek pi usha mamat lain.tak ke gigit jari..

*to my brother, we know this hard time for you.but life must be go on and you should realize how much you love the girl,people still love you especially your family.

bulan puasa 2

bila dah sampai kat bilik tuh, hm..phm jela semangat berkobar tuh dh hilang.haha..ada sorg tuh pi ke tandas la,yg sorg tuh lak rajin benar nak membaca kat dashboard fakulti(sebelum nih tak pernah nak amik taw pun benda bertampal kat situ)..haha aku lak cm biasa ar jalan paling belakang skali bukan pe bg arr tgk org-org bersemangat nih nak jd org kuat fakulti.

'woi..korg nak pi mana nih? kata ada meeting tapi tak nak masuk lak.'

'daus ko masuk arr dulu,ko en muka tak segan..dah la serba boleh'

'hm..bak ngutuk aku bulan puasa nih no.1 la korg..ceh..'

'pergi ar..kitorg ke sini nak guide ko ke jalan benar (cm haram punya ayat) '

********************

'ok, Mohammad Firdaus B. Mohd Yusuf hm..ada tak kat dalam nih?'

muka malu aku pun 'Ya, saya!'

kata brader MT smf-fkm, 'awak diletakkan under exco kerohanian.'

(muka berserah)

Apasal arr aku tak dapat satu biro dgn awek cun tuh,kalau dia same ngan aku beruntung la badan.haha..awek tuh membe aku gak tapi tak penah nak tegur (malu) padahal kat fesbuk bukan main rancak aku chat dgn dia.nih satu kes nih hm..mmg bagus arr letak aku kat dlm cabang tuh (insaf sekejap). dak housemate aku yg len ada yg under akademik,pentadbiran dan under NR (non-resident).mulanya ok arr sume baik je kat bilik meeting,dah smpai kat umah sewa aku tak tggu seminit pun hah..muka aku gak yang dorg nak ngutuk..tak da benda lain ke keje korg nih.

'alhamdulillah akhir dapat gak dak umah kita jd ustaz,tengok jalan yang cerah aku tunjuk kat ko daus'

'hm..alhamdulillah mmg aku suka ar exco tuh,wa bajet wa under sukan hm..da tuh dia bg tak pela sesi pembelajaran.' (ngeluh)

berborak punya panjang, daripada aku di kutuk nya sampai ke membe aku si papan sorg tuh.gelak besar petang tuh semua,haha..tp time aku tgh elok baring berborak,tiba-tiba semua senyap..aku ingat dorg khusyuk dgr aku cakap,rupanya semua dah terbungkang.

'woi..makan kawan arr korg nih! aku elok bercerita korg pi tido'

*nightmare betul aku jwb paper electric power tadi (damn!)

bulan puasa


menjengah ke pertengahan bulan puasa dah..wah baru perasaan aku ada blog,huhu.bukan apa sebelum nih aku sibuk dengan kelas,tutoring lagi sekarang lak masa midterm test,huhu sempat lagi nak menaip.tak pelah actualy tgh busan gak nih,esok aku ada test dorg ckp subjek tuh killer.but bagi aku rse sume subjek killer kot,cuma kita nih pelajar kne pandai mencari penawar nya kan kawan? korang nak taw tak benda baru aku wat bulan puasa nih?

************************************

'Daus, jom join sekretariat mahasiwa fakulti nk? nnti ada arr contribute kita sket utk fakulti nih' kata salah seorang housemate aku.

'woih menarik..tapi gila apa aku nak berpersatuan lak nih,wa layan camping la der aktiviti lasak'

huhu..mau tak hancur hati housemate aku dgr ayat kerek aku tuh..selang beberapa hari,rse tak sedap hati lak tgk membe sume dah start sibuk anta borang.bukan apa dlu mula-mula nak amik borang aku yg temankan so dorg igt aku bersemangat arr nak join but bila dgr ayat tuh, hm..dorg tak heran dah kat aku.

hm..apa la propa persatuan nih letak sampai tiba-tiba lak housemate aku nak join nih.klu dlu nak tgk semangat pi tgk bola jela tamabah-tambah lagi rival game (arsenal vs manchester united).nak taknak rela hati la aku amek borang tuh,dala arituh hari last due date anta aku lak si bijaksana pi tinggal kat umah.hm..rse tak berpeluang arr nak follow housemate join aktiviti.tetapi terdetik sejenak bila membe aku tuh ckp ada meeting utk program akan datang.huh..selamat aku,so suh la dorg anta..

advertisement smf-fkm

selang beberapa hari, pe kes arr hp(henfon) vibrate nih dala dlm kelas.'Permohonan anda menjadi ahli smffkm berjaya,sila hadirkan diri untuk perjumpaan bersama dgn ahli majlis tertinggi'. woah! cm tak percaya jer boleh lak dorg terima aku sebagai ahli dorg huhu..dahla time isi borang ada satu part aku merepek,soklan dia cmni 'siapakah tokoh yang anda contohi?' surely ayat aku merepek bila soklan cepumas cmni keluar (naugthy grin) 'saya minat harun din(ustaz), sebab dia boleh bercakap ngn hantu dan ramai org ckp dia boleh tangkap hantu' mau tak terbahak membe aku baca time dorg nak anta dulu.bukan apa,mmg arr benda nih tak boleh wat main.tapi tuh satu benda yang pelik kan sume 'gifted' dari Allah kat ustaz,so tak salah kita minat kat dia.huhu..(naughty grin).

esoknya selepas kelas semua selesai,kita org housemate nih pegi arr meeting tersebut.sepanjang perjalanan tuh mcm berpikir betul ke pe aku wat nih,tgk membe lain semua semangat.tetapi bila dah sampai kat bilik meeting tuh haiya..korg mesti nak tw benda berlaku.....



*nnti arr aku cerita, sok ada test electric power nih.'study' jap

Berenang


nak share arr cerita minggu nih..

first time minggu nih kami serumah menghabiskan masa swimming..bukan apa sebelum nih pun yang ada pun kadang-kadang daus pergi berdua ngan housemate(mizan atau edy).So bila nak dekat bulan puasa nih mesti aktiviti swimming terbatas,planning baik nye ajak dak serumah sume pegi arini..haha.seronok gak sebab sebelum serius daus nak bagitau yang daus memang xpandai berenang.

imbas kembali..

igt lagi masa budak2 kecil,mama ngan ayah selalu ajak kita orang pergi berenang.dan tempat yang selalu menjadi saksi saya mandi kat tempat budak tula PUSAT AKUATIK DARUL EHSAN.malu kot..umur time tuh ingat lagi form 2,padahal klu kawan-kawan semua nak taw,kat dalam tuh ada lagi dalam (3 meter woo..).daus dalam hati amat jeles arr,kenapa dorg ley terapung senang-senang je..padahal daus nih mandi dekat ngan kawasan gelongsor sbb bukan xnak mandi tempat dalam tapi nnti tenggelam naya je kan..

bukan situ jer, mama selalu gak ajak kita org mandi kat wet world shah alam,wet world pedas,desa waterpark..tapi xreti2 gak berenang..wat malu org aja kan..

6 tahun berlalu..

Selepas berakhir nya zaman persekolahan..daus dah xberjinak2 pun ngan berenang nih.but dah masuk 2nd semester kat UiTM nih.membe2 sume ajak jom arr gi berenang,segan oo..(mandi kat tempat budak-budak lagi ke?) haha..jangan terkejut..daus dah boleh berenang ke dasar sedalam 3 meter taw! huhu..nih hasil dorongan dan semangat yang membe2 umah nih ajar kat daus..thank you!

dak nih power der berenang.boleh cucuk aku cheststroke 50m.

nih la sifu berenang


so sekarang bulan ramadan bakal menjelma,dan syaaban sudah hampir melaburkan tirai nya..belum terlambat lagi nk wish..Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarakh,semoga bulan nih kita semua di berkati dan dekat kepada -Nya.
dan kami juga xdapat arr nak swim tiap2 minggu cam biasa,bagi menghormati bulan nih..



saya sayang DANEY saya

minta ampun tuan empunya picture..(saya pinjam taw)


inilah daney saya.
sebenarnya inilah hadiah teristimewa saya untuk seseorang
bila saya lihat pic nih balik..wah sungguh cute dia rupanya..yela lpas bli tros bg..
xjumpe2 taw pastu tuan dia xbagi chance lgsung..huhu

imbas kembali....

huhu..kelakar lak nak tulis post nih..cm cerita lak..
taw tak..dah la
ok daney nih saya beli time saya umur 17taun..sweet kan..
nih bear hadiah sempena birthday orang yang satu-satu nya saya syg..
time nih baru habis 1st semester kat matrikulasi..
demi sayang..yang busuk jadi wangi,yang letih pun jadi happy..
kita orang hang out kat times..kne lak kedai tuh baru buka..
wah harga durian runtuh..dpt around rm70,cm xcaye jer..besar kot..

ok arr dah dapat dan dia pun sungguh happy..
saya lak senang tgk orang yang saya sayang tuh happy..wow..best dpt bear besar!
tapi..huhu paham2 jela orang laki malu kot nak pegang bear besar2 dpan public..
(aiya xmacho tul..)
huhu...so terpaksa la dia bawak kadang2 sian gak but tula..saya malu la..
btw itulah sejarah kita..
saya harap awak simpanlah daney nih elok2 k..
klu ada umur yang panjang dan jodoh berkekalan..
kita akan berjumpa masa depan,dan insyaAllah saya mahu awak jadi peneman saya di syurga kelak insyaAllah..

Pertengahan Sya'aban

still wondering? mne satu betul nih..sometimes we heard they call nifsu sya'aban but my peeps argue about this..they called it nisfu sya'aban..huhu quite weird

btw bukan benda nih nak di 'argue'kan..
kenapa hari ini aku berasa sedih sgt..pe kesalahan besar yang pengaruhi aku nih? mgkin solat subuh tertinggal tadi pengaruhi whole days aku..but dah qada' td.

thanx to my dearest junior ; you such a good teacher for me..

kisah sebuah kehidupan

Percintaaan kita berusia 3tahun.

arini aku cukup kecewa,bukan salah siapa..mungkin nih kehidupan yang perlu kita hadapi.pada mula aku kenal dia,aku mencintai dia,aku sayangi dia,aku beri seluruh jiwa raga aku untuk si dia,tanpa engkau hidupku tidak lengkap..teringat kembali kita redah hujan bersama,walau selebat mana sekali pun kau tetap di hati..aku sentiasa bersama kau..
aku masih ingat lagi kisah kita bersama..aku bukan seorang setia.aku selalu tinggal kau ketika aku senang,dan kerana engkau juga la aku sampai ke tahap nih..aku perasan engkau
gembira,dan pada saat ini baru aku sedar penglibatan kau dalam hidup aku amat ketara.engkau juga lah membantu aku mencorak kan hidup ku yg sepi..

ketika ini engkau kabur dari pandangan aku..kau pergi meninggalkan aku,aku sedar mungkin aku ego dan tidak berperikemanusiaan terhadap kau.tapi apakan daya aku cuma
manusia biasa yang tak dapat memuaskan hati semua pihak.aku harap kau bahagia dengan apa yg berlaku.dalam hati aku cuma ada satu ruang yang terbuka,dan engkau lah di dalam nya.sejujurnya aku katakan disini..aku amat cintakan engkau



sayang..jangan lah tinggalkan saya.
saya merayu kat awak syg,sy sunyi sgt..


ini lah laptop kesayanganku yg sudah rosak. i love you




mandarin class


7/9/2010 : mandarin class

huh..aku mengantok! fyi,ni la kelas pertama aku attend for 1st week in this new semester
mmg agak memberangsangkan dimana ada peningkatan untuk bangun awal.
tapi..awal pun bangun 20minit sebelum kelas bermula.
kelam jgak arr nak bersiap..

so bila da masuk n blaja suma.igt mandarin nih satu benda yg mudah dan mencabar..
tapi mak ai susa arr nak ckp..mcm loser je bila belajar benda nih nyebut reti tapi sepatah haram pun
xpaham..
so moral of the story..mama always remind me; take your breakfast dear and get up early in the morning so you'll be prepared for any obstacle not for today but also in a next day.

but paham jela anak bujang..nasihat 10percent je masuk but tuh bukan bermakna saya nih derhaka kepada mak saya tersayang.

anyway mama, i'm miss you from here so much.

back to the class:
sekarang kne focus arr,mandarin bukan bahasa yang mudah.
benda nih bukan untuk wat main.saya taknak repeat mandarin class.
sekarang nih pun ada lg 2 level mandarin class menunggu.



LCD lappy ku!


hurm..LCD ku rosak!

cmne nak wat nih..actually nak tukar benda nih,tp quite expensive arr
korg ley tolong tak?
suggest arr tempat mne yang agak murah untuk di tukar.
aritu igt nak g acer nye supplier,Highpoint Time Square.
bila survey harga.
perghh..8 ratus kot gila tuh.
mmg arr xkesa nak tuka dgn harga cmtu but baik aku angkat notebook baru jer..
lg puas hati dapat bawak kemane je..

hm..nila desktop dalam kondisi terbaik

tapi bila dah rosak nak main game Need for Speed pun tak selera.


teruja.terharu

selamat datang!

huh..macam tak percaya Firdaus yusuf ada blog.
akhirnya berjaya jugak aku menghasilkan satu karya untuk tatapan diri sendiri dan kita semua.
ok ..mmg quite nerd arr bila dah mengarang nih.
budak2 baru blaja la katakan.

so sifu-sifu yang ada di luar sana,ada vacancy untuk anda di blog saya nih.
anda hanyalah di perlukan untuk drop off your opinion or suggestion to improving my blog

Firdaus Yusuf

poyo.gelabah.normal.cool

Inilah sy Firdaus yusuf,panjang lak..just short form from my name.
call me fy only!

pepatah melayu mengatakan 'tak kenal maka tak cinta',tu yang selalu kita dengar bagi ayat pembuka bicara.
as you know,my name firdaus yusuf.
seorang lelaki yang gagah(hehe)
tampan dan perkasa(bawa bertenang semua)

ok ..sy berasal dilahirkan di Klang,selangor
akan tetapi,fyi saya bukan dikalangan orang jawa cuma persekitaran di kelilingi orang jawa.
dan kini menetap di Sepang,selangor
saya berbangsa melayu dan beragama islam.

hah..pe lg nak tulisan ayat pembuka bicara nih.
rasa-rasa cukup kot..nak kenal lebih lanjut add me on facebook k!